Perbezaan Forex dan Saham

Perbezaan Forex dan Saham

Disini saya letakkan dalam perbandingan agar anda faham apa perbezaan forex dan saham.

·         Modal Permulaan
Forex memerlukan modal permulaan yang sangat minimum, iaitu serendah USD100 atau sekitar RM400 anda sudah mampu untuk memulakan perniagaan forex trading. Sebaliknya jika saham, anda perlu mempunyai modal yang besar sekitar RM1,000 sehingga RM3,000 hanya untuk bermula trade saham.

·         Pasaran dua hala
Anda boleh mendapatkan keuntungan walaupun harga pasaran naik dan turun, iaitu anda mempunyai manfaat untuk pasaran dua hala. Naik pun boleh untung. Turun pun boleh untung. Manakala pasaran saham pula, anda hanya boleh untung jika harga kaunter saham tersebut naik. Jika turun anda akan mengalami kerugian Hanya sehala.

·         Tidak Berhutang
Anda hanya kan rugi sebanyak modal yang anda laburkan dan anda tidak akan berhutang lebih daripada nilai tersebut, sebaliknya jika pasaran saham, jika kaunter tersebut rugi dan melepasi paras negative, anda sebagai pemegang saham perlu menanggung hutang atas kerugian saham tersebut.

·         Analisis matawang utama sahaja
Dengan forex trading, anda tidak pening kepala memikirkan anda perlu menganalisis beribu-ribukaunter, atau jenis-jenis syarikat yang sangat banyak. Dengan forex, anda hanya perlu focus pada 6 matawang dunia yang mempunyai pasaran yang cantik untuk di dagangkan. Dari situ sahaja anda boleh memaksimumka keuntungan, anda tak perlu kaji semua matwang negara yang ada di dunia.

·         Masa trading

Anda boleh trade pada masa yang lebih fleksibel kerana pasaran forex buka24jam sehari dan berterusan 5 hari seminggu. Manakala saham pula anda hanya boleh trade,beli dan jual pada waktu bekerja sahaja, waktu bursa di buka. Sudah tentu anda lebih fleksibel dengan masa trading forex berbanding saham.

No comments:

Post a Comment