Forex Team Malaysia


Apa yang diperlukan untuk trade Forex?

Untuk trade forex, anda hanya perlukan sebuah gadget. Tidak kiralah sama ada smartphones android / iphone, tab, ipad, PC desktop atau laptop. Pendek kata forex ni boleh trade melalui platformnya dari apa-apa sahaja gadget yang mempunyai internet.

Tetapi untuk lebih praktikal, kebiasaannya ramai trader menggunakan c
komputer iaitu PC / Laptop untuk lebih mudah membuat analisa, membaca pergerakkan naik turun harga.

Dan smartphones kebiasaan hanya digunakan untuk monitor (tinjau) posisi trading yang anda sudah masuk, sama ada sedang rugi atau sudah untung. Boleh juga trade guna smartphones, masuk order guna smartphones. Tetapi selalunya orang guna smartphones untuk monitor sahaja sebab mungkin kita sedang ada urusan diluar, jadi kita nak rujuk tengok-tengok chart secara mobile. Orang kata ‘trade anytime and anywhere’..

Platform yang biasa dan paling popular digunakan ialah MT4 keluaran MetaTrader. Kebanyakkan broker forex menggunakan platform ini. Jadi platform inilah anda perlu install di PC / Laptop dan kalau ada smartphones, boleh juga install.

Jadi dengan hanya ada komputer (pc/laptop) atau smartphones dan line internet, bermaksud anda sudah boleh memulakan ‘bisnes forex trading anda’..

4 comments:

  1. Terima Kasih untuk info di atas, amat bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. sama-sama Puan Bella 12345

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk info yang sangat berguna ini,banyak membantu saya.

    ReplyDelete