Australia Tambah Pekerjaan Empat
Bulan Berturut – Turut
Keadaan
pasaran pekerjaan di Australia semakin baik pada Jun, apabila jumlah pekerjaan
meningkat selama 4 bulan berturut – turut yang banyak disokong khususnya oleh
pekerjaan sepenuh masa.
Pekerjaan
secara keseluruhan bertambah sebanyak 14,000 bulan lalu berbanding kajian
semula 38,000 pada Mei . Jangkaan bagi data kali ini ialah penambahan pekerjaan
sebanyak 14,400.
Pekerjaan
sepenuh masa pula mempamerkan prestasi menggalakkan dengan menambah 62,000
pekerjaan berbanding Mei yang mencatat 53,400. Manakala pekerjaan separuh masa
merosot 48,000 berbanding pengurangan 10,100 sebelum ini.
Kadar
pengangguran naik kepada 5.6% seperti yang dijangka. Kadar pernyataan (participation
rate) yang mengira jumlah orang diambil bekerja dan sedang aktif mencari
pekerjaan meningkat 0.2% jepada 65% pada Jun.
Jumlah jam
bekerja dalam semua pekerjaan meningkat 6.2 juta jam seperti yang dilaporkan
oleh data rasmi pagi tadi.
Pasaran pekerjaan
Australia melonjak semula pada separuh pertama tahun ini selepas mempamerkan
pretasi hambar tahun lalu. Antara penyebabnya adalah peningkatan kerja sambilan
lebih daripada kerja sepenuih masa yang membimbangkan pasaran tentang kebolehan
Negara ini menyediakan pekerjaan yang lebih berkualiti.
Kenaikan
Aussie dolar berterusan dan didagang lebih tinggi selepas data ini dikeluarkan
pukul 9:30 am. Aud/Usd ketika ini didagang lebih rendah selepas mencapai paras
tinggi pagi tadi.
No comments:
Post a Comment