News Forex 20/07/2017


Jepun Kekal Polisi Monetari Seperti Yang Dijangka

Bank Of  (Boj) mengekalkan polisi monetarinya selepas mesyuarat yang berlangsung selama dua hari di Tokyo. Pembuat-pembuat polisi menegaskan komitmen mereka untuk menyokong  pertumbuhan ekonomi dan inflasi melalui rangsangan monetary yang tinggi.

Bank pusat Jepun ini mengekalkan kadar polisinya -0.1%, tidak berubah sejak awal 2016. Keputusan mesyuarat hari ini sebenarnya telah dijangka oleh pelabur-pelabur dalam satu tempoh yang akan berterusan di masa hadapan .

Boj juga mengekalkan program pembelian bon dan tiada sebarang perubahan dalam jumlah pembelian. Bank pusat kekal membeli bon 10-tahun kerajaan jepun dalam usaha mengekalkan hasil-bon tersebut di sekitar sifar peratus. Jumlah pembelian pula masih berjumlah 80 Trillion Yen setahun.
Minit mesyuarat hari ini akan dikeluarkan pada 26 September, sebulan selepas ‘Ringkasan Pendapat’ dikeluarkan.

Tiada perubahan polisi sejak September lepas di mana kali terakhir Boj mengubah polisi dengan berfokus kepada rangsangan monetari yang mensasarkan kepada keluk-hasil atau bon.
Apa yang mengekalkan bank pusat dengan polisi semasa adalah hasil yang menunjukkan kemajuan secara berperingkat dalam ekonomi. Kini pertumbuhan KDNK (GDP) merekod kenaikan dalam lima suku tahunan berturut-turut, paling lama sejak 10 tahun lepas.


Awal hari ini, Kementerian Kewangan Jepun juga mengesahkan eksport merekod peningkatan 7 bulan berturut-turut pada Jun. Ini adalah isyarat ekonomi global yang semakin pulih khususnya Jepun sebagai Negara pengeksport.

No comments:

Post a Comment